Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 12-Mar-2008 04:57
KeMBaR...4
Umi mengusap kepala Nadia dengan penuh kasih sayang… terharu Haikal melihat kelakuan Umi terhadap gadis yang tidak pernah di kenali ini. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan kelihatan seorang nurse datang sambil membawa bungkusan.

“Maafkan saya kerana menganggu. Ini adalah pakaian dan barang-barang kepunyaan isteri Encik. Buat masa sekarang isteri Encik tidak akan sedar diri sehingga esok. Saya rasa eloklah Encik semua balik dulu” Nurse bernama Ain menyerahkan bungkusan kepada Haikal. Terkebil-kebil Haikal mengambil bungkusan tersebut.

Apa aku nak buat dengan bungkusan nie……

“Umi marilah kita balik dulu … insya’allah esok kita datang lagi..” Along memujuk Umi. “Farah, malam nie tidur rumah Umi. Lagipun Nadia kat wad tak kan Farah nak tidur kat rumah sorang-sorang” Umi memandang wajah sungul Farah. “Tak apa lah Umi, Farah rasa biarlah Farah temankan Nadia. Boleh kan nurse?” Farah meminta kebenaran. “Baiklah tapi Cik seorang saja yer” Ain tersenyum memandang Farah. “Terima kasih nurse”

Sebelum pulang Umi sempat mencium dahi Nadia. Sambil berbisik… “Nadia, Umi balik dulu yer… Nadia berehat lah insya’allah esok Umi datang jenguk Nadia”
“Pakaian dan barang kepunyaan Nadia, Haikal bawa balik nanti Umi basuh. Bila Nadia dah sedar baru Haikal pulangkan pada Nadia” Umi memandang wajah Haikal.

Haikal mendekati katil Nadia… seolah-olah memahami yang lain keluar dari bilik memberi ruang kepada Haikal.

“Awak… sedarlah… maafkan saya” Haikal tidak berani nak memegang tangan Nadia. Terasa seolah-olah diri tidak layak untuk berbuat demikian.

Sekembalinya mereka di rumah Haikal dan Iskandar telah membuat penjelasan atas apa yang telah berlaku.

“Umi tak nak memihak pada sesiapa. Bagi Umi, Is dan Haikal sama-sama salah. Tengok apa yang telah kamu semua lakukan??? tak pasal-pasal nyawa dan masa depan seorang gadis hampir-hampir musnah akibat dari perbuatan kamu berdua.”

“Abang Haikal…. Is hanya nak kenalkan abang dengan Nadia. Memang Is mengaku harapan Is hanyalah satu moga-moga hati abang terbuka untuk menerima kehadiran Nadia dalam hidup abang. Sudahlah abang… Is dah tak sanggup lihat abang macam nie… sampai bila abang nak biarkan hidup abang di belengu dengan kenangan abang dengan Azura. Azura pun dah kawen lain sebab kena tangkap basah. Tak kan abang nak Azura lagi??? abang…. Is tahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul… tapi abang jangan lupa yang kita nie kembar. Apa yang abang rasa Is juga rasa… Is minta maaf kalau kata-kata Is membuatkan abang terasa.” Iskandar memandang muka kembarnya.

“Abang tahu Is nak tengok abang bahagia tapi Is…. bukan senang untuk abang lupakan cinta pertama abang… apa yang Is buat memang abang tak boleh terima dan abang tak sangka pula akan jadi begini. Umi, maafkan Haikal”

“Along tak tahu nak cakap apa lagi… Along pun sependapat dengan Umi. Haikal kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku”

“Along nak Haikal buat apa lagi??? Haikal dah mengaku yang Haikal bersalah… so Along nak suruh Haikal bertanggungjawab, baiklah Haikal akan bertanggungjawab segala bil rawatan Nadia, Haikal akan tanggung. Haikal akan minta maaf pada Nadia nanti” Haikal mula rasa tertekan. “Haikal…. Umi tak ajar anak-anak Umi biadap macam nie! Haikal tau tak dengan siapa Haikal cakap tue?” Umi menegur sikap Haikal yang meninggikan suara. Haikal meraup mukanya. “Maafkan Haikal, Along… Haikal tak tahu apa yang harus Haikal lakukan”. Haikal memeluk Along. “Sudahlah Haikal. Dah… pergi naik mandi kemudian solat. Along dah cakap apa yang Along nak cakapkan selebihnya terpulang pada Haikal” Along menepuk perlahan bahu adiknya.

Akhirnya Haikal menyedari apa yang terjadi adalah atas kesilapannya. Haikal berjanji akan bertanggungjawab dan perkara begini tidak akan berlaku lagi. Perlahan-lahan Haikal naik ke bilik. Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat Isya’ Haikal berbaring di atas katil. Terbayang-bayang wajah pucat Nadia di matanya. Terkebil-kebil Nadia memandangnya saat Haikal menuduhnya berpura-pura sedang sakit padahal masa tue Nadia memang sedang menahan kesakitan sebab gastric. Akhirnya Haikal terlena dalam keadaan serba salah.

Pagi-pagi lagi Umi sudah bersiap untuk melawat Nadia. Is dan Along akan ikut sama menjenguk Nadia di hospital. Kali ini Kak Mira isteri Along turut serta. Anak-anak Along seramai 5 orang di tinggalkan dengan Mak Ngah, pembantu rumah. Mengenangkan Farah yang temankan Nadia di hospital malam tadi Umi telah bekalkan mee hoon untuk Farah.

Di hospital…

Nadia masih lagi terbaring lemah. Sekejap-kejap Doctor Kamal akan datang untuk melihat perkembangan Nadia. Farah memandang Nadia sambil mengusap kepala Nadia.

“Nadia… bukalah mata…. Farah risau…” Farah membelai perlahan-lahan kepala Nadia.
Tiba-tiba pintu terbuka kelihatan Umi, Haikal, Kak Mira, Along dan Iskandar masuk. Farah segera bersalaman dengan mereka semua.
“Macam mana keadaan Nadia, Farah” Umi memeluk Farah
“Doctor Kamal kata keadaan Nadia stabil tapi sampai sekarang Nadia tak buka mata pun” air mata mengalir dengan lajunya.
“Tak per lah Fara….

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.